Jumat, 04 Desember 2009

Carut edisi #6


lapaq lapaq lapaq lapaq lapaq lapaq lapaq lapaq lapaq lapaq

bukak almari , jumpa biskut, tapi dah lemau. hu hu hu hu hu.

tinggal beberapa hari sebelum hari presentasi, dan tahap kemajuan aku untuk projek berkenaan masih di tahap tenuk, erm, teruk. Dah goggling, cari gambar puteri-puteri nak dijadikan "bahan rujukan"(nanti lect mengamok tak ada RUJUKAN) ,tapi yang keluar asyik gambar puteri gunung ledang kita yang baru tu. ok, dia memang macam puteri, tapi aku nak cari puteri berbaju kurung. bukan puteri berkemban. Aku ada dua watak, satu seksi, satu lagi mestila sopan siket. Dua-dua seksi tak seronok.


kepada pembaca saya di awal pagi hari ini, hai awak, selamat pagi, saya rindu awak okay. ^^


Oklah nak turun bawah jap, berbekal duit syiling seratus empat puluh sen aku boleh membeli setin minuman berkabonat perisa coke;coca-cola. selamat pagi, malaysia.

p/s: sik abis abis gambar mi kolok. haha

Baling-baling Kasut

Dulu budak-budak yang main baling kasut kat muka orang lain kena cop kurang ajar. Sekarang, tak kisah, lagipun orang tua pun suka jugak main baling-baling kasut ni. Hakhak.

Ingat tak kisah bekas presiden Amerika Syarikat, George W Bush yang pernah dibaling dengan kasut oleh wartawan Iraq suatu ketika dahulu?


Kini, hal yang sama terjadi kepada wartawan a.k.a pembaling kasut berkenaan apabila dia dibaling kasut pada sidang akhbar yang berlansung di Paris.
haih, balas dendam nampak. Hahaha. Tapi bukan Bush yang baling. hehehe







Dua dua baling tak tepat.

Kamis, 03 Desember 2009

baju kurung



p/s: rindu seseorang

I`m still



a punkrocker


nice shot by Ryan Johnson.

Minggu, 29 November 2009

The photo community was too far gone.(Nikon vs Canon)

Nikon vs Canon



Beginner always ask which brand is good, well, take a time, watch this music video


Thanks to Moonsyi, for showing me this clip last night. Hahaha.
Love it so much.

Lyrics-

This is a story from not long ago
about a boy and a girl who fell in love like whoa
but there was a problem I didn't count on
the fact I was a Canon and she was a Nikon

The photo community was too far gone
they couldnt appreciate what we had goin' on
we had similar features, made similar pictures
we really weren't that different but they still couldn't see

I auto focused on her sexy body
buttons to push didn't know where to get started
I never thought I'd fall for a D200
but she was so hot, she was all that I wanted

[Chorus]
My 1DS mark III
felt more complete
when we were together she said my shots were so unique

But soon you'll see
we could never be
like Romeo and Juliette
our families disagreed

Ohh Ahh Polish my lens girl
oooahh polish my lens girl
ohh-ahh polish my lens girl
dont leave a thumb print on that lense girl

The two sides always at war
all across the message boards
Dpchallenge what the fuck yo
they could never let go
of the hate no thats for 'sho
the Nikon gang whooped my ass and made me go

The 70-200 in my pants wouldnt fit inside her Nikon body
made me wear a UV-filter, which I'm against, but shes my shawtay
Mount her on my tripod and screw her on and off and on again
make her take my picture and say I'm the best thats ever been

[Chorus]

Cause I'm a Canon gangsta and your a Nikon shawtay
I wanna take a picture of that rockin bootay

We couldnt keep the act up we just had to face the facts
but hey look on the bright side at least we're not a Pentax



p/s: the last line rules! hahahaha.

Senin, 23 November 2009

Berita Mukhtahir

Aku dah buat situs satu lagi untuk mempamerkan hasil-hasil kerja fotografik aku. Belum masih dikira portfolio.sebab laman berkenaan belum dapat untuk memainkan video mahupun meletakkan video yang di embed secara terus dari youtube atau vimeo. Jadi, kesimpulannya, laman yang satu lagi ini khas untuk kerja-kerja fotografik aku. Kira sama macam galeri aku lah.

Aku sebenarnya bosan semalam, tak tahu nak buat apa, sebab itu aku buat kerja-kerja begini. Hahaha. Dah lama tak sentuh html code ni, rasa dah berkarat sikit dah. Sila-silalah datang berkunjung ye.


:)

Ikhlas dari hati
Penulis.

Minggu, 22 November 2009

The war has started?

Malam ini, sedikit kejutan buat aku. Wow...tak sangka. Sungguh. Aku tak sangka.

There is a fight between dua kelompok, yang sesungguhnya, aku kagumi kedua-dua kelompok berkenaan.

Hmm. Seriously man, you guys are my inspiration.

Aku mendoakan, agar perkara ini cepat selesai. Dengan cara baik. Sekarang aku tak tahu nak percaya pihak sebelah mana. Sebab kedua-dua pihak aku amat kagumi dalam cara-cara mereka bekerja, hasil-hasil kerja mereka. Harap ianya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Yes, you guys yang bagi aku semangat, inspirasi dan segala yang berkaitan dengan dunia ini.

Peace, no war!

Jumat, 20 November 2009

Aku tengah lapar 0417

Pagi-pagi aku bangun, mandi.... pakai baju ..berjalan terus ke kelas. Pulang dari kelas, aku terus ke cafe, makan. Sebab belum sarapan, jadi kebiasaannya aku sarapan dan makan tengahari sekaligus. Balik ke kamar, jika tiada kelas di sebelah petang, masa aku biasanya dihabiskan dengan bermain Counter-Strike ataupun menonton movie-movie yang senang didapati jika anda duduk di dalam area MMU ni. hehehe. Petang makan, ....malam makan.... kalau ada assignment, aku tak tidur... dan lepas buat...kalau rasa lapar...makan lagi.....Bila nak kurus ni? Haha. Padahal niat aku sebelum datang ke MMU nak menguruskan diri. Tapi nampaknya makanan di sini sedap-sedap belaka untuk manusia yang rendah diri seperti aku ini terselera. Aku bukan nak kurus untuk nampak handsome. Tapi untuk nampak lebih sihat. Sihat yang betul. Ok...aku tahu, sekarang aku nampak sihat jugak. Haha. Dah dah. Aku nak jogging ke tandas jap. Tak tahan ni. Orait. Selamat malam.


p/s: rasanya selepas ini aku akan cenderung menulis mengenai kehidupan seharian aku sendiri dari mengutuk kehidupan seharian orang lain. Duduk dalam hostel MMU ini buat otak aku tertutup sedikit. Walaupun internet tersedia dua puluh empat jam. Tapi..entah..tunggulah setahun dua, baru aku menjelajah seluruh Tanah Melayu ni. Jum, sapa nak ikut?!

p/p/s: Oh, tiba-tiba teringat mi kolok!




4.17 a.m

Rabu, 18 November 2009

Parti liar

blog aku ni blog LIAR ke?

Jumat, 13 November 2009

This gif. file contain 29 frames

Kamis, 12 November 2009

Siapa cakap main CS tak mendatangkan faedah?


Klik untuk tumbesaran yang lebih jelas


p/s: hm. 2012 keluar. nak tengok. nak tengok. nak tengok. nak tengok. nak tengok. nak tonton. nak lihat. nak ...

Selasa, 10 November 2009

Saya Dating Atas Langit

Tadi aku membongkar kembali video-video dalam simpanan aku, hah, terjumpa suatu video yang buat aku rindu kat seseorang, dan sudah tentu, MIRI.


Klip video ini diambil beberapa hari sebelum aku berangkat ke Tanah Melayu untuk melanjutkan pelajaran. Huhuuhuuhuhuhuhuhuhu... rindu....

Selamat pagi!!!!
:)

Minggu, 08 November 2009

Bolasepak dan kerusi stadium

3-1.

Bakar kerusi. Bakar mercun. Baling botol. Kepala jurugambar berdarah.

Ciri-ciri perlawanan yang menarik perhatian aku. Sebab aku ni jarang tengok bola.

Apa-apa pun, tahniah Negeri Sembilan!!!
Aku suka gol yang kedua. :)

Dengar cerita, jurugambar yang dibaling botol itu memakai jersi Kedah semasa masuk ke stadium, bukan hanya penyokong Kelantan yang baling botol, penyokong N.Sembilan turut baling sama. Haha. Rilex arr, Kedah baik hati tahun ni bagi can negeri orang lain menang kan kan.

hehehehe

Bola sepak Malaysia tak mati sebenarnya. Cuma permain bola sepak harus dipertingkatkan jua dari segi IQ, kalau terus tekan fizikal, IQ takdak, tak guna jugak. Itu saja.

Majulah sukan untuk kerusi stadium bukit jalil yang baru!!

Kamis, 05 November 2009

Pendidikan Seni

Masa aku kat tingkatan 4, aku menubuhkan suatu komuniti, komuniti berkaitan dengan bidang kesenian(tengok badge sebelah kanan blog aku ni ha). Sebab masa tu, aku mencari remaja-remaja kat Sarawak khasnnya untuk bergabung di bawah satu payung dalam memperjuangkan street art ni. Masa tu gak, RANtAi baru nak membuat event pertama mereka. Sehingga sekarang, dah 600 orang yang menjadi member artclick. huhuhuhuhu. Ramai....tapi sayang, kini orang-orang yang bersama-sama dengan aku membangunkan artclick dulu semuanya sudah sibuk mencipta kerjaya mereka masing-masing, jadi artclick pun sedikit terbiar. nguu. sedih sedih

Mula-mula artlick bertapak kat friendster.com sebelum membeli domain sendiri untuk membuat laman forum tapi sekarang dah expired. huhuhu

Aku masih ingat lagi, semasa aku mewakili Sarawak membuat persembahan kem muzik di Melaka, tahun2007, aku mendapat panggilan daripada rakan-rakanku di Miri berhubung nama komuniti yang clash dengan suatu lagi komuniti seni besar di Malaysia Barat. Jadi kami mengambil keputusan untuk menukar namanya kepada nama yang ada sekarang, ArtClick Community.


dan sekarang, aku rasa, aku perlu bangun lagi untuk melakukan sesuatu untuk artclick.

hehehe. sebelum tu, aku nak siapkan kerja-kera df ni dulu, dah kena marah che mad dah semalam, huhuhuhuhu.. bai bai

Sabtu, 31 Oktober 2009

Laksa Sarawak di KL?

Dah lama aku tak makan Laksa Sarawak, Mi Kolok. Jadi semalam aku dan kawan-kawan aku pun pergilah pusing-pusing KL mencari restoran yang menghidang makanan masakan dari Sarawak.Aku makan Laksa Sarawak. BEST. Rasa seperti yang biasa aku rasa di Sarawak!!! Mi kolok, Cewan, Hafidz dan Yusuf yang cuba. Rasanya bolehlah. Cuma mi nya berlainan sikit saiznya. Mungkin kerana sukar mencari mi asal di KL ni. Apa-apa pun, yang penting aku dah melepas rindu makan makanan Sarawak. Hahaha.


Laksa Sarawak!
Mi Kolok
Teh C Peng Special(tangga iklan limejuice ya, sampe k kl pok, salu rah aseaneka ku temu)
Restoran Dapur Sarawak
Cewan dan Kikin

dan Ahad ni, sekali lagi, Mi Kolok dan Laksa Sarawak di Majlis Lan Berambeh untuk anak-anak Sarawak kat Sirim, Shah Alam. Jum datang!
 
Cabikmotion by Khairul Aqmal is licensed under a Creative Commons Attribution-Share Alike 2.5 Malaysia License. Based on a work at cabikmotion.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at http://friendster.com/coffinsite.
Tema blog ini telah diubahsuai dari tema asal yang disediakan oleh suckmylolly.com