Jumat, 19 Juni 2009

Hai


Tak nampak pun macam nak kurus.Haha.

Malam tadi, aku dah siapkan 3 helai, sehelai 8 doodle, 3x8=24. Tinggal lagi 4 helai. Hahh. Aku ini lansung tak ada bakat melukis. Ya, aku benci matapelajaran pendidikan seni semasa di sekolah dahulu. Sebab aku tak suka bermain dengan cat air. Haha.
Tapi, semenjak di sini, aku rasa hati aku mula tertarik kembali untuk melukis itu dan ini. Mungkin apa yang dikatakan oleh lect. hari hari yang lalu telah membuka hati aku kembali untuk meminati seni visual ini. Untuk pengetahuan, walaupun aku belajar di bidang seni era digital ini, setiap pelajar di dalam tahun pertama atau dikenali sebagai tahun alpha di sini harus belajar asas-asas dalam seni visual sebelum pergi terjun ke bidang seni visual secara elektronik, iaitu melukis, membuat arca, macam-macamlah. InsyaAllah, dua tiga bulan lminggu lagi, tak pun dua tiga bulan mungkin ok kot aku melukis. Tapi buat masa sekarang, kadang-kadang aku sendiri pun tak paham apa yang aku lukis, tak pun, mungkin aku sorang yang paham. ahahaa.
Ok lah.
By the way, saya amat menyukai teh tarik di kafe mamak, FCM bulding. Pergh pergh.

p/s:ilebiu cikgu

1 komentar:

Tina Johari mengatakan...

i miss u. i love u...

Poskan Komentar

Terima kasih kerana meninggalkan komentar

 
Cabikmotion by Khairul Aqmal is licensed under a Creative Commons Attribution-Share Alike 2.5 Malaysia License. Based on a work at cabikmotion.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at http://friendster.com/coffinsite.
Tema blog ini telah diubahsuai dari tema asal yang disediakan oleh suckmylolly.com