Minggu, 21 Juni 2009

Hari minggu ketiga dalam bulan Juni

Satu hari istimewa untuk orang kuat dalam hidup kita.

Insan yang tiada tandingannya berbanding lelaki lain
Beliau, yang mengajar aku mengambil wuduk
yang engajar aku mengaji alif, ba, ta
yang memukul aku tatkala aku melawan katanya.
yang selalu menjadi imam masa aku mula-mula hendak mengangkat takbir
yang memberi duit bila aku kelaparan, kehausan
yang menemani aku ke sekolah suatu masa dahulu
yang mengubat kakiku ketika kakiku penuh luka dan parut
yang membuat susu botol ketika aku masih kecil

yang paling besar
beliau yang membentuk aku menjadi seorang insan.


argh. kita sahaja bodoh kalau anggap ayah kita tidak berguna.
cuba pejam mata. ambik masa 1 minit. fikir balik apa yang ayah kita pernah lakukan terhadap kita suatu ketika dahulu. semasa kita kecik. sejahat mana ayah kita, segarang mana ayah kita, dia tetap insan mulia di hidup kita. hargai mereka. sebelum mereka tiada.

selamat hari ayah, abah. ampunkan dosa mal , yang banyak susahkan keluarga kita.

0 komentar:

Poskan Komentar

Terima kasih kerana meninggalkan komentar

 
Cabikmotion by Khairul Aqmal is licensed under a Creative Commons Attribution-Share Alike 2.5 Malaysia License. Based on a work at cabikmotion.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at http://friendster.com/coffinsite.
Tema blog ini telah diubahsuai dari tema asal yang disediakan oleh suckmylolly.com