Jumat, 12 Juni 2009

Warkah dari seberang

Hai,

Tengah menulis dari cyberjaya. Apa yang paling saya puas hati mengenai kampus saya, ialah speed internetnya. Hahahahahaha.
Satu yang saya perasaan mengenai MMU, freshie-freshie barunya, lebih banyak lelaki. Alhamdulillah. Biasanya mesti perempuan yang lebih banyak kan? Tapi berlainan pula dengan keadaannya di sini. Dan satu lagi fakta menarik mengenai MMU, masyarakat Melayu hanyalah kaum minoriti di universiti ini. Universiti yang mempunyai bangunan falkuti yang futuristik, dan mempunyai kafe yang banyak. Memang Money Making University lah. hahaha.. Oh, aku dah mula jatuh hati dengan keadaan di sini. Nantilah aku ceritakan dengan lebih lanjut lagi. Dan...satu sahaja yang aku tidak suka, cuaca di sini, jerebu, barulah aku tahu betapa beharganya hutan. Haha. Panas giler dowh. Muka aku baru 2 minggu di sini dah tumbuh segala jerawat. Haih.


Esok kelas bermula.

Oklah, nanti update lagi. Rasa malaslah sekarang. Saya rindu kalian semua

0 komentar:

Poskan Komentar

Terima kasih kerana meninggalkan komentar

 
Cabikmotion by Khairul Aqmal is licensed under a Creative Commons Attribution-Share Alike 2.5 Malaysia License. Based on a work at cabikmotion.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at http://friendster.com/coffinsite.
Tema blog ini telah diubahsuai dari tema asal yang disediakan oleh suckmylolly.com