Kebelakangan ni masa tidur aku terbalik.
Ya, bila masa tidur terbalik, solat asar pun tertinggal. Kadang-kadang sukar nak tidur malam. Aku tak rasa aku insomnia. Tapi entah memang aku sendiri tak nak tidur. Sebab aku suka bila dah tengah-tengah malam macam ni, awal-awal pagi, macam-macam benda aku nak buat. Macam-macam ilham datang dalam kepala. Tapi bila bukak adobe, jadi kosong balik. Ohhhh.
Sekarang ni aku tengah berjinak-jinak buat freelance jadi designer. Jadi siapa-siapa nak upah aku design apa-apa sahaja yang korang nak(tengok kemampuan aku jugak) silalah jangan segan-segan contact aku melalui emel.
Ohya, hujung julai ni balik Miri!
Dah lama tak balik. Rindu rindu rindu.
Ok. Sekian. Selamat pagi kawan-kawan.
Minta maaf kalau sebelum ni ada buat salah silap kat korang, dari bahasa ke, perlakuan ke, renungan mata atau hati ke hati.
bai
0 comments:
Poskan Komentar
Terima kasih kerana meninggalkan komentar