Minggu, 14 November 2010

KLMJ

Hello blog. Sorry for not visited you for a long time. Tak tahu apasal malas sangat aku nak menulis.

Tadi nak tidur, dah tutup laptop. But then, bukak balik,sebab ada benda nak share kat korang.

So awal-awal pagi ni aku nak bercerita sikit pasal sejarah hidup aku, siapa aku dan kenapa aku ni aku. Hehehe.

Aku dilahirkan di Marudi, Baram. Bandar kecik kat tengah-tengah baram, sila google di mana baram. Pekan yang penuh dengan culture. Not urban culture, but traditional culture. Pekan yang aku boleh cakap dengan korang, cina melayu iban kayan kenyah penan lunbawang kelabit india dan segala jenis dayak boleh hidup bersatu padulah. Setaun dibesarkan di Marudi, tahun berikutnya aku pun berhijrah ke Miri. Ikut abah aku, seorang pendidik kat sekolah di Miri ni. So di Miri, aku duduk dalam sekolah, rumah kerajaan. Mak aku pun turut pernah menjadi guru di sekolah berkenaan. Hehehe. Kesimpulannya di sini, aku adalah anak pendidik, dan aku bangga akan benda itu.

Sampai sekarang, family aku masih duduk di dalam sekolah tu. Even dah ada rumah sendiri kat luar, tapi bukan di Miri lah. Abah masih prefer duduk di Miri, dan mengajar di Miri. Maksudnya, sepanjang hidup aku sebelum aku berada di tanah cyberjaya ni, aku dibesarkan di dalam kawasan sekolah tersebut. Yeay, dari kecik hingga besar duduk dalam sekolah. Haha. Sekolah menengah pun aku sekolah kat sini. Hehe. Betapa berertinya sekolah ni terhadap hidupku.

Bukan apa aku nak share benda ni, tadi syok belek-belek blog orang. Aku jumpa gambar sekolah aku ni, SMK Dato Permaisuri tahun 1979. Seriouslyyy bebbbb, macam tak percaya, rasa nostalgia pun ada(walaupun aku tak lahir lagi). Sebab dalam salah satu gambar, aku boleh tengok rumah aku yang aku duduk sekarang. Dan rumah tu masih berdiri megah hingga sekarang, masih didiami oleh keluargaku yang kucinta.

Ok, rasa nak nangis, rindu rumah. Dah dah. Nak mimpi rumah. Selamat Malam baby baby. Dan kredit kepada penulis blog ni http://critanemiaksmkdatopermaisuri.blogspot.com/

Ok, selamat pagi


1 comments:

  1. kenangan sekolah dato ya..skolah ya dari dolok nang gangster hehe

    BalasHapus

Terima kasih kerana meninggalkan komentar